11.21.2008

PROMOSI KEINDAHAN DAN KEUNIKAN SABAH DAN SARAWAK

Saya bersetuju sangat cadangan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa filem dan drama berlatarbelakangkan keindahan dan keunikan Sabah dan Sarawak bagi pengetahuan umum dan tarikan pelancongan adalah diberi keutamaan.

Langkah tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menarik pelancong tempatan atau luar datang ke negeri Sabah dan Sarawak kiranya filem-filem yang dibuat adalah berlatar belakangkan keunikan dan keindahan dikedua-dua negeri tersebut.

Negeri Di bawah Bayu sememangnya kaya dengan keindahan alam flora dan faunanya serta tempat-tempat menarik dan kaya dengan pelbagai budaya daripada hampir 30 suku kaum dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.

2 comments:

KADAYAN BANTING said...

Sabah dan Sarawak memang mempunyai banyak keunikan alam semula jadi. Sabah dan Sarawak menawarkan gunung-ganang, bukit-bukau, laut, pantai, air terjun, hutan belantara dan sebagainya yang amat menarik bagi pelancong luar negara. Harap-harap keindahan hutan tropika di Sabah akan berkekalan dan tidak digondolkan oleh orang-orang yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab.

gadis borneo said...

hye...visiting here today...
:)