11.19.2008

AMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU

Hidup bermasyarakat saling perlu memerlukan dan saling bergantungan antara satu sama lain tanpa mengira status, pangkat, bangsa, agama, miskin atau kaya.

Kita harus menanamkan sifat saling bantu membantu atau tolong menolong kerana setiap orang dimuka bumi ini tidak ada yang tidak berguna semuanya punya peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Pepatah melayu ada mengatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang bermaksud senang dan susah dialami bersama, pekerjaan yang berat akan terasa ringan apabila dikerjakan bersama-sama.

1 comment:

GC said...

"Hidup bermasyarakat saling perlu memerlukan dan saling bergantungan antara satu sama lain tanpa mengira status, pangkat, bangsa, agama, miskin atau kaya."

Bro, sia rasa ada segelintir tu di luar sana bukan faham ni, masih ada sikap pentingkan diri sendiri.

peace :)