12.09.2008

RAKYAT CENDERUNG MILIKI HANYA SEORANG ATAU DUA ANAK

Urang kita baru-baru ni.. tertarik dengan satu artikel yang disiarkan di Daily Express bertarikh 9 Disember 2008 menurut seorang pakar pembangunan keluarga bahawa Malaysia mungkin kekurangan generasi pelapis yang diperlukan ekoran kecenderungan pasangan suami isteri mempunyai hanya seorang atau dua orang anak.

Menurut Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Ariffin, perunding Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik bagi pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, wanita dan lelaki yang mempunyai kerjaya berkahwin lewat atau langsung tidak berkahwin, menyebabkan anak tidak ramai.

Aliran yang mula menular di banyak negara Asia itu bakal meningkat bilangan warga emas, katanya.

Katanya ketika ini warga emas mewakili 10 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia manakala jangka hayat penduduk Malaysia pula meningkat daripada 65 kepada 71 tahun bagi lelaki dan 75 bagi perempuan.

Menurutnya lagi, orang Melayu memilih untuk mempunyai antara dua hingga tiga anak sahaja berbanding tujuh orang pada masa dahulu, manakala kaum Cina dan India memilih untuk mendapat satu atau dua anak sahaja.

Apa yang kurangnya disini kita tidak mengetahui kecenderungan suami isteri pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak dalam soal mempunyai anak.

Walau bagaimanapun, jika dilihat trend dulu dan kini banyak berubah, orang dulu-dulu berkahwin seawal umur belasan tahun dan punya ramai anak, dalam usia yang masih muda anak-anak dah besar.

Mungkin antara faktor lain kenapa orang sekarang memilih hanya dua orang anak kerana faktor kedudukan kewangan mereka memandangkan kos sara hidup masa kini lebih tinggi berbanding zaman dahulu.

Jadi tahap penggantian untuk Malaysia, hanya pada tahap ”cukup-cukup” sahaja ketika ini dan sudah tentu semakin kurang pada masa depan. Maknanya masyarakat kita akan jadi masyarakat yang lebih tua, Katanya.

4 comments:

KADAYAN BANTING said...

Pada zaman dahulu orang mempunyai ramai anak kerana anak itu adalah sebagai sumber ekonomi atau sumber pendapatan. Kalau ada 10 orang anak tentunya ibu bapa goyang kaki di rumah kerana anak-anak boleh disuruh kerja di ladang.

Tetapi pada hari ini pula ana-anak adalah sebagai beban ekonomi kerana kita terpaksa menyediakan wang yang banyak untuk perbelanjaan mereka ke universiti.

Kalau orang tempatan semua mempunyai anak yang sedikit dan orang luar pula semuanya mempunyai anak yang banyak, maka akhirnya kita akan diperintah oleh orang luar dan kita akan dijajah.

The Dusun Aroma said...

hmm susah juga mo ckp ni ging. Dulu sbl khawin sya plan mo ada anak seramai anak bapa sia juga (10 orang bah :))

tapi selepas ada 1 then 2 sekarang dan ndak lama lagi akan jadi 3, sangat terasa bah itu membelanja kasi basar tu anak-anak. Inilah di KK ni, sumua pon duit.

Jyang kedua, sia juga nampak tu bini bah, kilang anak pas tu karaja lagi. So kali sia pon (bukan minta minta) tapi munkin 3 seheja lah..

Kalau ada besar kemampuan, erm tambah lah lain kali :)

GC said...

desakan hidup menghalang kita dari mempunyai anak lebih dari satu.

lagipun apa ertinya jika kita mempunyai anak ramai tapi kita tidak mampu beri kasih dan sayang.

mereka membesar di samping orang gaji, bahaya, anak-anak yang tiada kasih sayang dari ibu bapa.

mungkin ada kebenaran pendapat Kedayan Banting, namun saya percaya Negara seperti Singapura mesti punya polisi bagi menghalang kemasukkan secara haram orang asing ke negara mereka

good post bro :)

Urang Kita said...

kedayan banting, the dusun aroma & greg chai terima kasih atas komen anda semua. Memang ada pro dan kon dalam hal ini, semua pendapat betul. Saya sendiri ada 4 orang anak mau tahan sabar saja karenah mereka masing-masing mau minta perhatian. Saya setuju dgn the dusun aroma ramai anak banyak juga belanja. Apa-apapun kita bersyukur kepada tuhan atas semua rezeki yang diberikanNya.