12.11.2008

BERBAKTI PADA TANAH MEMBAWA HASIL

Tanah merupakan harta yang berharga bagi sebahagian besar kita semua, pastinya semua orang mahu memiliki tanah sendiri untuk tujuan membina rumah, berkebun, berladang dan membahagikan kepada anak-anak kelak.

Semua orang boleh memiliki tanah sama ada melalui permohonan kepada Jabatan Tanah atau membelinya jika punya wang, tetapi berapa ramaikah yang sanggup mengusahakan tanah ?

Apa yang saya perhatikan pada hari ini kebanyakkan tanah persendirian tidak diusahakan, yang tumbuh hanyalah rumput, lalang dan kayu-kayu hutan.

Begitu juga dengan sawah padi nampaknya dikebanyakan sawah padi dikampung-kampung sekarang sudah tidak mengusahakan lagi, mungkin kerana generasi dulu sudah tidak larat lagi kerana dimakan usia, manakala generasi muda masa kini pula terlalu memilih kerja, mahu kerja ditempat yang bersih, berhawa dingin dengan gaji yang mahal.
Sebenarnya kerajaan ada menyediakan pelbagai program berbentuk latihan dan pinjaman bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya dikampung-kampung.

Contohnya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah ada melaksanakan program-program peningkatan ekonomi desa seperti Program Kampung Sejahtera, Program Pemulihan Kampung dan program Tumpang Sari (Inter-Cropping) untuk mengetahui lebih lanjut sila layari http://www.sabah.gov.my/kplb/.

Bagi mereka yang ingin mengusahakan tanah perlu terlebih dahulu memikirkan apa projek yang hendak diusahakan setelah menentukannya dapatkan nasihat daripada agensi yang berkaitan dan apa yang agensi berkenaan boleh bantu.
Mengikut pengalaman kerja saya lalui selama 18 tahun sebagai kakitangan kerajaan iaitu pada majlis perhimpunan sivik dan dailog dengan penduduk kampung, kebanyakkan wakil-wakil agensi yang hadir memaklumkan bahawa pelbagai kemudahan disediakan kepada penduduk kampung yang ingin mengusahakan tanah mereka, sama ada bantuan berbentuk baja, bijih benih, anak ikan, latihan dan sebagainya diberikan.
Mungkin ada sebahagian besar yang tidak mendapat maklumat mengenai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, oleh itu ada yang mengusahakan tanah untuk keperluan makanan ahli keluarga sahaja.

Bagi anda yang ingin memperluaskan pengusahaan tanah dan ingin mengetahui peluang-peluang yang boleh diperolehi melalui agensi-agensi kerajaan berkenaan boleh lah mengunjungi agensi yang berkaitan atau terus ke Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Jabatan Penerangan Malaysia yang terdapat di daerah anda untuk mendapat khidmat nasihat.

3 comments:

The Dusun Aroma said...

Topinai,

apa bah itu box itam (yang label christmas song)? entah kenapa dari tempat sia tingu, dia block sebahagian tulisan ko sehingga sya nda dapat membaca sepenuhnya ni ^.^

Dari tempat sya seja kali ni kan. I'm using firefox btw.

Urang Kita said...

sio.. topinai, e2 video klip christmas bah e2. tempat blog saya dapat tingu, mungkin masalah sistem internet. e2 lagu urang kita, abu bakar ellah dapat dingar kah?

Gerrard said...

YA YA ... BERBAKTI KEPADA TANAH .. SEHINGGALAH RUNTUHNYA TANAH DI BUKIT ANTARABANGSA .. EHEHHEE!

SALAH SIAPA? PEMAJU ATAU KERAJAAN YANG MELULUSKAN PERMOHONAN PEMAJU?