3.07.2009

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Salah satu amalan terbaik dalam mendidik anak-anak ialah untuk memimpin mereka menerusi teladan dan penglibatan mereka bersama dengan ibubapa. Teladan adalah sangat penting bagi semua pemimpin, samada pemimpin negara, pemimpin perkhidmatan awam atau pemimpin keluarga kerana ini menjadi ikutan kepada anak-anak dan lain-lain ahli keluarga, kakitangan bawahan ataupun rakyat jelata bagi mengikuti pemimpin negara. Oleh itu salah satu ciri terpenting bagi pemimpin ialah akhlak yang baik, peribadi yang baik, kelakuan yang baik, percakapan atau pertuturan yang lunak dan juga mempunyai prinsip atau etika dalam kehidupan serta mempunyai sifat-sifat kasih sayang dan juga seorang yang pemaaf.

Anak-anak kita biasa melihat atau mengikut jejak langkah ibubapa mereka dalam banyak perkara samada cara mereka berkelakuan ataupun percakapan mereka, budi bahasa mereka dan juga dari segi amalan dan budaya mereka. Kalau ibubapa tidak sembahyang misalnya tentulah sukar untuk kita hendak mengajar atau menyuruh anak anak kita bersembahyang. Jika ibubapa misalnya seorang pemabuk atau suka main judi, macam mana kita hendak mencegah anak-anak kita daripada kemungkaran tersebut. Seorang bapa yang tidak berpuasa sukar untuk menyuruh anaknya berpuasa.
Oleh itu sebagai seorang ibubapa, kita mesti lihat atau nilai diri sendiri samada kita kurang mencukupi sifat atau ciri-ciri akhlak yang baik. Cuba perbaikki diri sendiri dahulu sebelum kita dapat memupuk nilai nilai yang baik, akhlak yang baik dan tabiat yang baik terhadap anak-anak. Saya dapati setakat menyuruh anak sahaja untuk membuat sesuatu, tidak mencukupi. Apa yang penting ialah untuk melibatkan mereka dalam apa sahaja aktivitiyang mana kita fikirkan sesuai untuk anak-anak.

1 comment:

KADAYAN BANTING said...

Saya bersetuju benar dengan apa yang perkatakan oleh Urang Sabah. Kepimpinan melalui teladan memang amat penting kita laksanakan untuk menddidik anak-anak kita.

Kalau kita memandu bersama anak-anak jangan sekali-kali melanggar peraturan lalu lintas seperti melanggar lampu merah kerana anak-anak kita akan melihat segala apa yang kita lakukan.

Jangan membuang sampah keluar dari kerita semasa memandu atau membuang sampah di merata tempat ketika bersama anak-anak kita. Buanglah sampah dalah tong sampah yang disediakan di mana-mana kita berhenti rehat atau bawa sampah itu ke rumah dan buang sampah itu dalam tong sampah kita di rumah.

Kalau kita kita berurusan di bank atau membayar di kaunter semasa bersama anak-anak kita, janganlah memotong barisan dan kalau ada "senior citizen" berilah dia laluan lebih awal daripada kita untuk dia berurusan dan bantulah dia.

Jangan marah dan tengking anak-anak kita di hadapan kawan-kawan dia kerana anak-anak kita juga mempunyai maruah seperti kita.

Kita perlu mengingatkan kepada diri kita bahawa selain institusi pendidikan, institusi keluarga adalah amah penting untuk membentuk disiplin anak-anak kita.

Untuk membentuk peribadi anak-aanak kita perlulah bermula dari rumah.