3.31.2009

KATA-KATA MOTIVASI

MENGAPA...

- Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.

- Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.

- Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan
sesuatu yang kau keluhkan.

- Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa
kaulah yang benar.

- Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan.

- Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk
bekerjasama.

- Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu
perkara itu akan menyakitkan orang lain.

- Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki
banyak keburukan dalam dirimu sendiri.

- Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu
yang bererti.

- Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak
waktu yang berada didepanmu.

- Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak
dapat kau hindari.

2 comments:

GC said...

ada kebenaran di sini, tapi berapa banyak di luar sana yang berani menghadapi segalanya dengan cara jujur ... ramai pengecut di luar, mereka hanya ingin 'menang' dengan cara menipu ...

tapi satu yang mereka tidak mampu tipu, kematian! bila tiba masa, mereka kena hadapi juga

Urang Kita said...

terima kasih atas pandangan saudara greg. setiap yang bernyawa pasti akan mati, kematian tidak boleh elak. Orang yang sihat pun oleh mati awal, ini semua ketentuan dan kuasa tuhan.