Urang Kita ingin berkongsi keluhan Urang-Urang Kita yang tinggal di sekitar kawasan Kg. Pulutan, Menggatal kerana terpaksa menghadapi masalah banjir setiap kali hujan turun.
Beginilah keadaannya yang dialami oleh penduduk serta penghuni beberapa buah perumahan di Kg. Pulutan Menggatal apabila setiap kali hujan turun tidak henti-henti dalam tempoh 3 atau 4 jam.
Tiap kali hujan turun banjir akan berlaku yang memaksa pengguna jalanraya terpaksa berjam-jam lamanya menunggu air surut baru hendak lalu kerana mengelakkan kenderaan masing-masing rosak.
Bagi kenderaan yang besar tidaklah menghadapi masalah besar untuk melalui banjir tersebut sejauh 200 meter tetapi bagi kenderaan kecil dan rendah sudah tentu air akan masuk ke dalam kereta dan masuk kedalam enjin kereta.
Ada yang terpaksa mereda air banjir kerana terpaksa untuk berada dirumah dan ada yang meninggalkan kenderaan dibahu jalan dan berjalan kaki mereda banjir untuk pulang.
Punca banjir berlaku antaranya kerana kawasan banjir tersebut rendah sebelah menyebelah ditimbun untuk perumahan dan kilang papan menyebabkan setiap kali hujan banjir berlaku.
Selain itu, sungai Kg. Pulutan semakin kecil serta parit-parit tidak dibesarkan juga antara punca berlakunya banjir.
Difahamkan projek pembesaran sungai Kg. Pulutan, Menggatal telah diluluskan tetapi sampai sekarang belum dilaksanakan atau kerja-kerja pembesaran lambat.
Sampai bilakah masalah ini terpaksa dialami oleh lebih kurang 3 ribu penduduk dikawasan tersebut.
1 comment:
Kesian orang-orang yang tinggal di Kg. Pulutan itu. Untuk mengatasi masalah itu, mungkin lebih baik jika masalah ini diadukan kepada TV3. Biasanya kalau TV3 sudah siarkan, pihak yang sepatutnya menyelesaikan masalah akan bertindak. Atau tubuhkan jawatankuasa bertindak dan hantarlah surat-surat permohonan kepada yang berwajib.
Post a Comment