1.14.2009

BERWASPADA DIMUSIM BANJIR

Sejak beberapa hari ini hujan turun tak henti-henti setiap hari diseluruh negeri Sabah dan berlaku banjir dibeberapa tempat di negeri ini yang telah meragut nyawa dan juga merosakkan harta benda yang dilaporkan oleh media tempatan setiap hari.

Pepatah Melayu ada mengatakan ' sediakan payung sebelum hujan ' yang bermaksud kita perlu beringat-ingat atau membuat persediaan sebelum mendapat kesusahan.

Oleh itu, bagi memastikan keselamatan kita serta ahli keluarga kita perlu sentiasa berjaga-jaga. Sebelum air naik berpindahlah ke kawasan yang lebih tinggi bawalah dokumen penting serta harta benda anda. Jangan biarkan anak-anak anda bermain air dimusim banjir, sentiasa lah mengawasi mereka.

Sekiranya anda inginkan bantuan boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Bencana Alam atau pihak-pihak keselamatan seperti polis dan bomba di daerah masing-masing.

1 comment:

RANDAVI said...

Sejak awal bulan Januari 2009, hujan lebat selalu turun. Di Kudat, pada 3 Januari 2009, banjir besar telah berlaku di Kg. Tinutudan dan Parapat Darat.Pada hari yang sama juga banjir besar melanda beberapa tempat di daerah Kota Marudu.Oleh itu, kita mestilah berhati-hati selalu sesuai dengan pepatah:"Sediakan payung sebelum hujan".Tapi kalau kawasan perumahan kita atau jalan laluan ke rumah kita memang selalu dilanda banjir sebab terletak di tanah rendah, bagaimana kita amalkan pepatah tersebut. Hujan tetap turun walaupun kita tak nak dia turun. Jadi macam mana? Buanglah payung itu, tak payah sediakan payunglah. Amacam, bolehkah begitu.