1.10.2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Tahun 2010 sudah berlalu kini kita sudah 10 hari di tahun baru 2011, sebagai warga Malaysia apakah sumbangan anda kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kejayaan anda adalah bergantung kepada usaha anda, marilah tingkatkan usaha anda memajukan negara Malaysia.

4.01.2010

APAKAH PILIHAN MAJIKAN KEPADA CALON PERKERJA BARU


Jika anda diberi peluang untuk memilih pekerja baru, yang mana satu
kah yang anda pilih :-



A: PEKERJA YANG BANYAK BERCAKAP, TETAPI KURANG INISIATIF KERJA.

B: PEKERJA YANG KURANG BERCAKAP, TETAPI INISIATIF KERJA SANGAT TINGGI.

C: PEKERJA YANG PANDAI MENGARAH, TETAPI TIDAK PANDAI BUAT KERJA.

D: PEKERJA YANG BERPENGALAMAN KERJA, TETAPI TIADA KELULUSAN AKADEMIK.

E: PEKERJA YANG ADA KELULUSAN AKADEMIK, TETAPI TIADA PENGALAMAN KERJA.

9.15.2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H/2009M


Kepada semua rakyat Malaysia khususnya rakan-rakan yang beragama Islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga amalan kunjung mengunjung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua rakyat yang berbilang bangsa dan agama.

9.01.2009

BERSAMA KITA SEMARAKKAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA

Jom mari kawan-kawan, saudara-saudara, saudari-saudari, puan-puan, datuk-
datuk, datin-datin dan seluruh rakyat Malaysia dimana jua anda berada kita
kibarkan Jalur Gemilang sama ada dikenderaan, rumah, permis perniagaan dan
sebagainya sebagai tanda sokongan dan cintakan negara MALAYSIA.

3.31.2009

KATA-KATA MOTIVASI

MENGAPA...

- Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.

- Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.

- Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan
sesuatu yang kau keluhkan.

- Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa
kaulah yang benar.

- Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan.

- Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk
bekerjasama.

- Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu
perkara itu akan menyakitkan orang lain.

- Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki
banyak keburukan dalam dirimu sendiri.

- Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu
yang bererti.

- Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak
waktu yang berada didepanmu.

- Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak
dapat kau hindari.

3.07.2009

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Salah satu amalan terbaik dalam mendidik anak-anak ialah untuk memimpin mereka menerusi teladan dan penglibatan mereka bersama dengan ibubapa. Teladan adalah sangat penting bagi semua pemimpin, samada pemimpin negara, pemimpin perkhidmatan awam atau pemimpin keluarga kerana ini menjadi ikutan kepada anak-anak dan lain-lain ahli keluarga, kakitangan bawahan ataupun rakyat jelata bagi mengikuti pemimpin negara. Oleh itu salah satu ciri terpenting bagi pemimpin ialah akhlak yang baik, peribadi yang baik, kelakuan yang baik, percakapan atau pertuturan yang lunak dan juga mempunyai prinsip atau etika dalam kehidupan serta mempunyai sifat-sifat kasih sayang dan juga seorang yang pemaaf.

Anak-anak kita biasa melihat atau mengikut jejak langkah ibubapa mereka dalam banyak perkara samada cara mereka berkelakuan ataupun percakapan mereka, budi bahasa mereka dan juga dari segi amalan dan budaya mereka. Kalau ibubapa tidak sembahyang misalnya tentulah sukar untuk kita hendak mengajar atau menyuruh anak anak kita bersembahyang. Jika ibubapa misalnya seorang pemabuk atau suka main judi, macam mana kita hendak mencegah anak-anak kita daripada kemungkaran tersebut. Seorang bapa yang tidak berpuasa sukar untuk menyuruh anaknya berpuasa.
Oleh itu sebagai seorang ibubapa, kita mesti lihat atau nilai diri sendiri samada kita kurang mencukupi sifat atau ciri-ciri akhlak yang baik. Cuba perbaikki diri sendiri dahulu sebelum kita dapat memupuk nilai nilai yang baik, akhlak yang baik dan tabiat yang baik terhadap anak-anak. Saya dapati setakat menyuruh anak sahaja untuk membuat sesuatu, tidak mencukupi. Apa yang penting ialah untuk melibatkan mereka dalam apa sahaja aktivitiyang mana kita fikirkan sesuai untuk anak-anak.