1.22.2009

HENTIKAN PEKERJA ASING AMBIL PEKERJA TEMPATAN

Urang kita amat tertarik dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bahawa sudah tiba masanya pengambilan pekerja asing terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dihentikan segera. Langkah itu katanya, selaras dengan keadaan ekonomi semasa negara yang turut merasai kesan kemelesetan ekonomi global.

“Majikan patut memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu, hantar mereka balik ke negara asal dan jangan ambil lagi. Mereka sepatutnya menggunakan sumber tenaga tempatan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Syed Hamid, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memperketatkan lagi permohonan berhubung keperluan pekerja asing di negara ini. KDN juga, jelas beliau, dalam proses menghantar pulang seramai mungkin pekerja asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Akhbar semalam mendedahkan mengenai kemungkinan banyak syarikat terpaksa menghentikan pekerja tempatan ekoran kemelesetan ekonomi global ketika ini. Tindakan tersebut menyebabkan ribuan rakyat tempatan hilang pekerjaan tetapi pekerja asing masih diambil bekerja.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, majikan sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menghentikan pekerja asing terlebih dahulu dan bukannya pekerja tempatan.

1.14.2009

BERWASPADA DIMUSIM BANJIR

Sejak beberapa hari ini hujan turun tak henti-henti setiap hari diseluruh negeri Sabah dan berlaku banjir dibeberapa tempat di negeri ini yang telah meragut nyawa dan juga merosakkan harta benda yang dilaporkan oleh media tempatan setiap hari.

Pepatah Melayu ada mengatakan ' sediakan payung sebelum hujan ' yang bermaksud kita perlu beringat-ingat atau membuat persediaan sebelum mendapat kesusahan.

Oleh itu, bagi memastikan keselamatan kita serta ahli keluarga kita perlu sentiasa berjaga-jaga. Sebelum air naik berpindahlah ke kawasan yang lebih tinggi bawalah dokumen penting serta harta benda anda. Jangan biarkan anak-anak anda bermain air dimusim banjir, sentiasa lah mengawasi mereka.

Sekiranya anda inginkan bantuan boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Bencana Alam atau pihak-pihak keselamatan seperti polis dan bomba di daerah masing-masing.